1.Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."
2.Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang
takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5.Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W)
di dalam syurga.
6.Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.
7.Daripada Aisyah r.a.
"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
8.Syurga itu
di bawah telapak kaki ibu.
9.Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).
12.Aisyah r.a
berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14.Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15.Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
maaf kalau da yang salah:)
maaf kalau da yang salah:)
0 komentar:
Posting Komentar
silahkan tulis pertanyaan, Kritik dan saran anda.
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.